Sunday, December 27, 2009

Kari Daging


Daging memang jarang achik beli coz HB memang tak suka makan daging dan dia juga tak kasi beli daging..... so masa beli grocery anak-anak request nak makan kari daging so achik cuba resepi kari ni dari MYR Lynn yang punyer.....anak-anak kata sedap...

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 1 ½ kg daging
  • 125 ml minyak
  • 5 labu bawang – di cincang halus
  • 12 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
  • 4 tangkai daun kari
  • 70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
  • 1liter santan cair
  • 500 ml santan pekat
  • 3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk.
  3. Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
  4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
  5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
  6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
  7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
  8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
  9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.

Friday, December 25, 2009

Hiasan Dinding

N3 kali ni tentang hiasan dinding yang telah di ubah ....ubah bukan ubah apa just tukar cat n tukar lampu kat bahagian living room 2 (kunun)..... hmmmm HB geleng kepala .....dia tanya naper nak kena tukar semua warna putih ...achik kata tunggu dan lihat ek..... nanti dah siap baru komen ok ke tidak .....


SEBELUM

ini gambar asal tapi letaknyer di ruang makan



SELEPAS

ni dah di cat putih .....tempatnyer skg kat living room 2 pulak

Thursday, November 19, 2009

Tukar Baju cik Sofa......


N3 kali ni nak imbas kembali sofa pakai baju lama......so dah tiba masa tukar baju baru..... cadangan kali ni nak tukar warna biru .... aku buat warna biru gara-gara selalu melapak blog Cindy.... hmmmm rumah Cindy sangat romantik dan cool ...

Wednesday, August 19, 2009

Lapang giler.....

Ruang tamu utama (kunun) yang tak da perabot....sofa baru jer aku hantar
ke kedai untuk di baikpulih hak yang warna hitam tu sofa bed untuk suami aku sebelum balik siapkan dulu tempat dia beradu........




Bahangian ni ruang tamu kedua....tengoklah tu tingkap langsir pon tarak......dah dekat 4 tahun tak tukar langsir....so sempena nak raya ni aku pon ambik kesempatan tukar yg baru...tapi ada budget untuk langsir ni..... tak boleh Elyza lagik dah mau nanti nak beli yang lain tak dapat





Ruang makan....meja makan yang dulu aku dah bagi emak.... ni nama dia memang carik pasal.... nak dekat raya meja pon tarak.....bulan poser nak jemput orang buka puasa pon pikir berkali-kali huhuhuhu

Wednesday, July 15, 2009

Kelabu Warnanya......................


Inilah rumah aku ....... sedih nengok rumah ........yerla rumah tinggal......nak kata tak da orang datang tengok....tiap-tiap hujung minggu pasti ada adik beradik yang datang..... kalau tak datang pon jiran sebelah rumah selalu switch on dan off lampu.....tapi yerla memang betul kata orang tua-tua rumah kalau di tinggal memang tak berseri....

Balik cuti kali ni hubby aku dimasukkan hospital..... kena buat operation bypass....so lepas operation nanti balik rumah tentu nak tengok umah bersih, cantik dan cool. Dengan ada masa yang sikit ni aku cuma plan nak cat rumah semula.... cat luar rumah kali ni aku pilih warna kelabu.... yang belah dalam aku pilih warna krim oren-oren sikit.....manakala tukang cat masih kekal tukang cat yang sama dan sofa-sofa dalam umah semuanyer aku tukar sarungnyer dan perabot yang lama mana boleh di cat putih aku suh tukang cat tu cat, grill rumah pon aku suh dia cat warna putih gak....... tukang cat tu bagi panggilan rumah aku is white house....hahahhahahaaa lawak kan.....

tukang cat yang masih setia....... huhuhuhu

Nampak burukkan rumah aku ni.....tapi ni lah rumah kesayangan haku...... orang lain dah renovate rumah aku belum lagi....... so sekang ni dalam perancangan untuk renovate...cuma tunggu masa yang sesuai...


tengah di cat.......


siap di cat ......