Sunday, December 27, 2009

Kari Daging


Daging memang jarang achik beli coz HB memang tak suka makan daging dan dia juga tak kasi beli daging..... so masa beli grocery anak-anak request nak makan kari daging so achik cuba resepi kari ni dari MYR Lynn yang punyer.....anak-anak kata sedap...

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 1 ½ kg daging
  • 125 ml minyak
  • 5 labu bawang – di cincang halus
  • 12 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
  • 4 tangkai daun kari
  • 70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
  • 1liter santan cair
  • 500 ml santan pekat
  • 3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk.
  3. Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
  4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
  5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
  6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
  7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
  8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
  9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.

Friday, December 25, 2009

Hiasan Dinding

N3 kali ni tentang hiasan dinding yang telah di ubah ....ubah bukan ubah apa just tukar cat n tukar lampu kat bahagian living room 2 (kunun)..... hmmmm HB geleng kepala .....dia tanya naper nak kena tukar semua warna putih ...achik kata tunggu dan lihat ek..... nanti dah siap baru komen ok ke tidak .....


SEBELUM

ini gambar asal tapi letaknyer di ruang makan



SELEPAS

ni dah di cat putih .....tempatnyer skg kat living room 2 pulak