Wednesday, January 6, 2010

Cupcake.....


Aku dah lama geram kat cupcake ni ...... cupcake ni aku beli dari suesafia...sangat cantik dan ramai yang tertipu ngan cupcake ni dan ramai yang ingat boleh makan hahahhahahahha.... mu
la-mula letak kat atas meja makan tapi tengok macam tak kena jer so aku alih kat kat sini .....


Tuesday, January 5, 2010

Kek Batik


Kek ni buat semalam untuk mama sempena harijadi mama hari ni ...hmmm takut mama tak makan pasalnyer mama ni alergik sikit pada susu ngan butter....so achik tawakal jer buat....alhamdulillah mama suka...anak-anak lagik la suka...achik ambik resepi ni kat rumah ummi...achik C&P dari blog ummi

Bahan-bahan:
  • 500 gm biskut marie - patah 4
  • 250 gm butter
  • 4 biji telor gred A - pukul sikit
  • 3/4 tin kecil susu pekat manis**(bole juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
  • (boleh rasa dan agak2 ikut tekak masing-masing bila campur sume)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil nescafe
Cara Membuat:-
  1. Campurkan sume bahan kecuali biskut ke dalam kuali. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api.
  2. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata.
  3. Tekan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dahulu (tapi achik letak plastik kat loyang tu sebab nanti senang nak keluarkan dari loyang)
  4. Masukkan dalam fridge. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru dipotong.

Monday, January 4, 2010

Laksa Penang


Kebetulan mama nak datang umah bawak hadif yang dah lama tak jumpa lama tak la lama sangat dalam seminggu jer baru tak jumpa dan kebetulan esok harijadi mama so achik pon plan buat laksa penang.....hmmmm sedap kata mama ngan anak-anak yang lain huhuhuhu


Bahan-bahan :
Sebungkus laksa..direndam beberapa jam, direbus sehingga lembut dan toskan

Kuah Laksa:
5 ekor ikan kembung 4 keping asam gelugur/asam keping
1 tangkai bunga kantan
1/2 cekak daun kesum
1 kiub ikan bilis
Garam

Bahan-bahan kisar:
5 ulas bawang merah, dikisar 3 ulas bawang putih, dikisar Sedikit belacan, dibakar dan dihancurkan 3 sudu besar cili kisar (achik lebihkan sebab suka pedas) 1 tangkai achik blend 1/2 cekak daun kesum

Bahan-bahan tabur dihiris ikut kesesuaian :
Timun
Bawang besar
Nenas
Cili merah jika suka

Cara-cara :
1. Ikan kembung dibersihkan, direbus, dibuang tulang dan dikisar halus dengan sedikit air. Air rebusan ikan jangan dibuang. Tapis dan gunakan semula untuk kuahnya.
2. Panaskan semula air rebusan ikan dan masukkan isi ikan yg dikisar.
3. Bila mendidih, masukkan semua bahan2 yang lain. Masak semua bahan mesra dan masukkan kiub ikan bilis. Perasakan dengan garam.
4. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan bolehlah dihias dengan bahan2 tabur. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya.