Tuesday, January 5, 2010

Kek Batik


Kek ni buat semalam untuk mama sempena harijadi mama hari ni ...hmmm takut mama tak makan pasalnyer mama ni alergik sikit pada susu ngan butter....so achik tawakal jer buat....alhamdulillah mama suka...anak-anak lagik la suka...achik ambik resepi ni kat rumah ummi...achik C&P dari blog ummi

Bahan-bahan:
  • 500 gm biskut marie - patah 4
  • 250 gm butter
  • 4 biji telor gred A - pukul sikit
  • 3/4 tin kecil susu pekat manis**(bole juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
  • (boleh rasa dan agak2 ikut tekak masing-masing bila campur sume)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil nescafe
Cara Membuat:-
  1. Campurkan sume bahan kecuali biskut ke dalam kuali. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api.
  2. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata.
  3. Tekan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dahulu (tapi achik letak plastik kat loyang tu sebab nanti senang nak keluarkan dari loyang)
  4. Masukkan dalam fridge. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru dipotong.

No comments:

Post a Comment