Thursday, December 16, 2010

FELT Guey...



XtvT dalam umah ni la dia.....mcm mana mula-mula boleh buat felt ni pon dah tak henat.... anyway jahitan idak la baper chantek....tapi ok la ada la ghupa...huhuuhu...orang tak gi belajar jahitan....ni la gamaknyer sempang siur ....











Sunday, November 28, 2010

Sudah Tukar warna....

Aktiviti aku ngan sarah ari ni mengecat kerusi rotan .....tak tau nak buat apa....pegi kedai benang...kedai tutup....so aktiviti felt craft aku tertunda lagik....eeerrrrr..... tensi tensi... tapi tengok la gambar sebelum n selepas aktiviti kami huhuhuhu...

habis satu rumah bau cat ......ingatkan dalam rumah jer....rupanya bila bukak pintu tu dia .......bau cat....tunggu apa kata cik abang...errrr takut....



kerusi yg belum di cat ..... sakit mata pasal nampak rumah cam suram jer n tak kena jer



nak main kat luar tak boleh so ni la aktiviti sarah.....mengecat pekerjaan baru.... habis cat minta upah ...susu sebotol huhuhuhuhu


tengok tu sempat lagik posing......nakal tul la pekerja sorg ni....



Taraaaaaaa.....dah siap di cat....baru naik seri rumah ni... perasan huhuhuhuhu......

Saturday, October 23, 2010

Nasi Goreng Kampung



Tak tau nak buat sarapan apa hari ni, nampak nasi sejuk apa lagiknasi goreng la jawap nyer huhuhuhu...musti en. suami senyum sampai tinger....nampak nasi goreng n ikan bilis tergolek-golek...huhuhuuhu...kalau tekak suka pedas-pedas n cili suka tumbuk kasar-kasar ....tapi suami suka komplen bila tengok cili tak hancur...nasib la labu.....



Bahan-Bahan:

4 cawan nasi sejuk
2 biji telur ayam
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

bahan tumbuk
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili padi
segengam ikan bilis (di goreng terlebih dahulu)
1 kiub ikan bilis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
2. Masukkan kiub ikan bilis kacau sebati kemudian masukkan nasi digaul rata.
3. kemudian buatkan lubang ditengah-tengah dan masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan
4. kemudian kacau rata dan masukkan garam dan kacau sehingga masak.
5. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan taburkan ikan bilis goreng.

Nota :- ikan bilis terpulang pada tekak masing2 sama ada nak di gaul atau pun tabur diatas nasi ek....suami aku suka ikan bilis tu garing-garing jadik haku tabur jer....

Friday, July 2, 2010

Kedai Perabot Putih.....



Hari ni nak citer pasal kedai perabot kegemaran haku...kenapa aku suka kedai perabot ni....kedai perabot ni pemilik dia Kak Karisa terletak di Saujana Impian Kajang n nama kedai akak ni Kay home decor...aku kenal kakak ni hampir 3 tahun paling aku suka kedai kakak ni dia nyer perabot putih memang cun giler...dan design-design perabot dia pon memang cantik...

Lagi satu bukan takat putih jer perabot yang dia ader .....warna hijau kegemaran haku pon ada ....semuanyer ada la senang citer....pas tu akak ni dia leh bagi idea dan kritik yang mana hokey yang mana tarak hokey...so tu yang aku suka sangat ngan akak karisa ni.....kalau masuk umah akak ni memang giler cantikz...haku memang suka nengok rumah dia.....nanti bila aku ada waktu lapang aku akan snap rumah dia tungggggguuuuuuuu.... sakang ni meh layan nengok kedai hakak ni....



Monday, April 12, 2010

Dah Sampai....

Coffee Table aku dah sampai semalam...order tahun lepas kalau di kira hampir 9 bulan baru dapat meja ni...tapi meja ni mungkin orang lain tak suka ...sebabnyer dia nampak sopak sikit nampak buruk....suami aku memang tak suka tapi di sebabkan aku merayu sebab aku memang suka sangat sebab nampak entik dan buruk...huhuhuuhu...anyway me kasih kak karisa....









Friday, April 9, 2010

Kelas Kuih Talam

ni la cikgu masakan kami .....kak asiah namanyer...

Semalam aku pi belajar buat Kuih Talam Suji dan Kuih Talam Keladi.... aku pi kelas masakan kak Asiah best belajar ngan kak asiah ni banyak petua-petua yang kami dapat...kelas ni studentnyer cuma 2 orang aku ngan best frenz aku...tujuan belajar kuih talam ni aku nak mula berniaga huhuuhuhuhu... so ni la gambar yang sempat aku ambil semasa kami belajar

ni masa kak asiah bagi penerangan...



ni kuh talam suji yang baru nak di kukus selama 30 minit....


kuih talam keladi yang baru siap masak ...


jeng jeng kuih sudah siap dipotong...sgt sedap ....me kasih bebyk kak asiah

Thursday, February 4, 2010

RuAnG mAkAn ...........

kali ni nak cite pasal ruang makan sebelum dan selepas



Masa ni belum ada idea dan duit pon kureng untuk beli macam-macam....bak kata orang budget ciput untuk hias rumah....masa ni konsep warna umah marooon so yang masih kekal gambar kaabah tu jer...itu kalau ikut hati memang nak alih pasal tak larat nak angkat satu hal...dah kena sound ngan cik abang sebenarnya tu yang tak berani angkat...dia dah warning frame tu jangan di alih... yang ni memang barang kesayangan dia ...huhuhuhu padan la muka aku...asyik la ngalih kan barang.




ignore la yer beg kertas kat atas meja tu, di suruh alih semua buat dek....ok konsep kat dining room ni aku kekalkan warna kayu....kenapa? pasalnyer masa tu ingat nak gak tukar semua perabot warna putih cik abang pon berbunyi la lagi...jangan semuanyer warna putih kang nak kena beli perabot lain la pulak n kerusi rotan saya jangan la di cat ek....hahahhaha macam tau jer kepala hotak aku duk plan nak cat kerusi rotan tu....hahhahahha padan la muka haku.... so yang kat tempat dining ni memang aku khas kan warna kayu dan aku tak yah beli hapa-hapa aksesori lagik semua nyer dah cukup.






Wednesday, January 6, 2010

Cupcake.....


Aku dah lama geram kat cupcake ni ...... cupcake ni aku beli dari suesafia...sangat cantik dan ramai yang tertipu ngan cupcake ni dan ramai yang ingat boleh makan hahahhahahahha.... mu
la-mula letak kat atas meja makan tapi tengok macam tak kena jer so aku alih kat kat sini .....


Tuesday, January 5, 2010

Kek Batik


Kek ni buat semalam untuk mama sempena harijadi mama hari ni ...hmmm takut mama tak makan pasalnyer mama ni alergik sikit pada susu ngan butter....so achik tawakal jer buat....alhamdulillah mama suka...anak-anak lagik la suka...achik ambik resepi ni kat rumah ummi...achik C&P dari blog ummi

Bahan-bahan:
  • 500 gm biskut marie - patah 4
  • 250 gm butter
  • 4 biji telor gred A - pukul sikit
  • 3/4 tin kecil susu pekat manis**(bole juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
  • (boleh rasa dan agak2 ikut tekak masing-masing bila campur sume)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil nescafe
Cara Membuat:-
  1. Campurkan sume bahan kecuali biskut ke dalam kuali. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api.
  2. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata.
  3. Tekan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dahulu (tapi achik letak plastik kat loyang tu sebab nanti senang nak keluarkan dari loyang)
  4. Masukkan dalam fridge. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru dipotong.

Monday, January 4, 2010

Laksa Penang


Kebetulan mama nak datang umah bawak hadif yang dah lama tak jumpa lama tak la lama sangat dalam seminggu jer baru tak jumpa dan kebetulan esok harijadi mama so achik pon plan buat laksa penang.....hmmmm sedap kata mama ngan anak-anak yang lain huhuhuhu


Bahan-bahan :
Sebungkus laksa..direndam beberapa jam, direbus sehingga lembut dan toskan

Kuah Laksa:
5 ekor ikan kembung 4 keping asam gelugur/asam keping
1 tangkai bunga kantan
1/2 cekak daun kesum
1 kiub ikan bilis
Garam

Bahan-bahan kisar:
5 ulas bawang merah, dikisar 3 ulas bawang putih, dikisar Sedikit belacan, dibakar dan dihancurkan 3 sudu besar cili kisar (achik lebihkan sebab suka pedas) 1 tangkai achik blend 1/2 cekak daun kesum

Bahan-bahan tabur dihiris ikut kesesuaian :
Timun
Bawang besar
Nenas
Cili merah jika suka

Cara-cara :
1. Ikan kembung dibersihkan, direbus, dibuang tulang dan dikisar halus dengan sedikit air. Air rebusan ikan jangan dibuang. Tapis dan gunakan semula untuk kuahnya.
2. Panaskan semula air rebusan ikan dan masukkan isi ikan yg dikisar.
3. Bila mendidih, masukkan semua bahan2 yang lain. Masak semua bahan mesra dan masukkan kiub ikan bilis. Perasakan dengan garam.
4. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan bolehlah dihias dengan bahan2 tabur. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya.